Sunday, 26 March 2017

Nafsu utk jadi pemimpin

Keinginan untuk menjadi pemimpin dan memiliki kedudukan adalah suatu dorongan hawa nafsu yang rendah. Sehingga dikatakan serendah-rendah zuhud, yg tiada lagi zuhud selepasnya ialah keinginan untuk menjadi pemimpin (hubbu ar ri-asah),

Selepas kita lanjut usia, syahwat kelamin biasa menurun, nafsu makan minum pun semakin hilang, kadang-kadang pengumpulan harta pun sudah tidak keutamaan, tetapi nafsu untuk menjadi ketua untuk berkuasa terus maintain. Kita sanggup habiskan harta, masa, daya tenaga bahkan kehormatan diri  demi untuk menjadi ketua dan untuk meminpin.....

Seakan kerusi kuasa itu kita nak bawa mati... Menemani kita dalam kubur, sukar untuk rela melepaskannya. Penyakit parah ini bukan sahaja menjadi wabak di kalangan non agamis , bahkan yang agamis (agamawan) pun turut berebut untuk dihinggapi penyakit yg mematikan hati dan pertimbangan ini.....

Tn. Zaidi Hassan

No comments:

Post a Comment