Sunday, 26 March 2017

Tadabbur Kalamullah

*Tadabbur Kalamullah 20 Jamadilakhir 1438H*

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan" [Surah Hud 112]

#Ayat ini mengingatkan kita bahawa jangan sekali-kali tinggalkan Islam dan kebenaran dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan dunia, kepentingan kedudukan, kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam. Istiqamah dan kekallah bersama-sama Islam dan kebenaran.

#Rasulullah saw pernah mendapat tawaran yang hebat dari Utbah bin Rabiah mewakili Kerajaan Kuffar pada zaman dakwah baginda. Kata Utbah (Abal Walid):

يا ابن أخي، إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا مالا، وإن كنت تريد به شرفا سودناك علينا، حتى لا نقطع أمرا دونك، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا؛ وإن كان هذا الذي يأتيك رئيا تراه لا تستطيع رده عن نفسك، طلبنا لك الطب، وبذلنا فيه  أموالنا حتى نبرئك منه

“Wahai anak saudaraku, jika engkau berjuang ini kerana mahukan harta, kami sedia kumpulkan harta-harta kami dan diserahkan kepadamu sehingga engkau menjadi orang paling kaya di kalangan kami. Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi pemimpin, kami sedia lantik engkau jadi pemimpin sehingga kami tidak memutuskan sebarang keputusan melainkan mendapat persetujuanmu. Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja yang memerintah kami. Jika sekiranya engkau dirasuk suatu yang engkau sendiri tidak mampu menghadapinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawatmu dan kos ditanggung oleh kami sehingga engkau sembuh.” (Sirah Ibnu Hisyam)

*Nabi saw menolak semua tawaran yang ditawarkan sebaliknya terus bersama Islam yang diperjuangkan oleh Baginda saw dan meneruskan dakwah sebagaimana yang diamanahkan Allah kepada baginda.

#Hayatilah pesanan dan amanat yang disampaikan oleh Rasulullah saw ini:

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ

“Ketahuilah sesungguhnya roda Islam itu berputar. Maka berputarlah bersama al-Kitab (Islam) sekira-kira bagaimana ia berputar. Ketahuilah sesungguhnya al-Kitab dan Pemerintah dua perkara yang berbeza. Maka jangan memisahkan diri dari al-Kitab (Islam). Ketahuilah sesungguhnya kamu akan mendepani pemerintah yang memerintah untuk kepentingan mereka bukan untuk menjaga kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan bunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Lalu sahabat berkata; Ya Rasul Allah, (apabila kami bertemu dengan situasi begini) apa yang harus kami lakukan? Nabi sallallahu’alaihi wasallam menjawab; Jadilah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa ibnu Maryam, jasad mereka digergaji, digantung pada kayu salib (namun mereka tetap bersama Islam). Mati dalam keadaan taat kepada Allah lebih baik dari hidup derhaka kepada Allah.” (Riwayat al-Tabarani)

♡Berdoalah agar Allah swt istiqamahkan kita bersama--sama Islam dan berjuanglah untuk menyebar dan mendaulatkan Islam selagi masih bernafas♡

Surah al Kahfi dan fitnah Dajjal?

HUBUNGAN ANTARA SURAH AL KAHFI DENGAN FITNAH DAJJAL

Dalam Surah al Kahfi membawakan empat cerita yang menuntut kita untuk merenung dan mengambil iktibar darinya:
1. Pemuda yang bersembunyi dalam gua (ahli kahfi)
2. Kisah pemilik dua kebun
3. Kisah Nabi Musa dan Nabi atau orang soleh bernama Khidir.
4. Kisah raja Zul Qarnain.

Empat kisah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan empat fitnah paling besar di akhir zaman:
1. Fitnah agama (Kisah pemuda dalam gua)
2. Fitnah harta (Kisah pemilik dua kebun)
3. Fitnah ilmu ( Nabi Musa dan Khidir)
4. Fitnah Kuasa pemerintahan (Kisah Zul Qarnain)

Kesemua fitnah ini amat besar impaknya kepada manusia dan penggerak utama fitnah-fitnah ini adalah SYAITAN yang berperanan menyesatkan anak-anak Adam dengan menghiasi fitnah-fitnah tersebut untuk menjerumuskan manusia ke lembah neraka dan syirik kepada Allah عز وجل. Firman Allah Taala:

(وَإِذْقُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا)آية50

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; Ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (50)

Apakah Hubungan Dajjal dengan Surah ini?

Dajjal akan muncul sebelum hari kiamat dengan membawa empat fitnah besar yang  akan menjerumuskan manusia kepada kekufuran. Fitnah tersebut adalah:

1. Fitnah Agama.
Dajal akan mengajak manusia supaya menyembah dirinya (Dajjal).
Pada permulaannya, Dajjal akan mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dia akan  mengaku sebagai Tuhan. Dan ingatlah hanya Allah tuhan yang Maha Esa. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

2. Fitnah Harta
Dajjal mampu memerintahkan langit untuk turunkan hujan serta menguji manusia dengan kemewahan.
Dikhabarkan bahawa: “Di antara tipu dayanya dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya maka ia tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka tanam-tanaman dan ternakan mereka binasa dan tidak berhasil.

Dajjal akan datang ke tempat orang-orang yang beriman kepadanya dan mengaku dajjal sebagai Tuhan, maka hujan turun bercurah curah di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun membuahkan hasil.

3. Fitnah Ilmu, Sains dan Teknologi.

Di antara tipu daya Dajjal, dia akan berkata kepada manusia: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?
Orang tersebut berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara fitnah dajal juga ialah ia mampu membuat perkara yang luar biasa dalam ilmu sains dan teknologi. Dia bunuh dan membelah dua seseorang. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal لعنة الله عليه itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Sedangkan orang yang dia bunuh itu, adalah seorang yang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”  Hamba ini berjaya menghadapi fitnah tersebut.

4. Fitnah Kuasa Pemerintahan.Dajjal menguasai sebahagian besar dunia di akhir zaman ini.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menhentak kakinya  di  pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik seperti cacing kepanasan dan bertempiaran meninggalkan di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Maka Allah Taala telah memberikan pedoman dan tunjuk ajar kepada sekalian manusia bagaimana untuk selamat dan cara menghadapi Dajjal di akhir zaman dengan membawa contoh yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dalam menghadapi fitnah yang hampir sama dengan fitnah Dajjal. Ia ada disebutkan dalam Surah al Kahfi.

1. Menghadapi Fitnah Agama

Kisah pemuda yang melarikan diri bersembunyi di dalam gua untuk menjaga agama mereka dari raja yang memaksa rakyatnya untuk menyembahnya. Allah Taala telah menidurkan mereka selama 300 tahun 9 hari. Usai cerita ini, Allah Taala mengajarkan kepada kita bagaimana cara kita hendak menjaga fitnah agama ini, ayatnya:

)وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا * وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّاأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقًا( 28-29.
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28) Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

Konklusinya ialah perlu mendampingi sahabat-sahabat soleh dan guru yang membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

2. Fitnah Harta

Kisah seorang hamba yang Allah Taala telah kurniakan kepadanya dua kebun yang amat subur kemudian dia kufur dengan nikmat tersebut dan mengingkari hari kebangkitan maka Allah Taala telah musnahkan kebun-kebun tersebut. Allah Taala telah ajarkan kepada kita bagaimana hendak selamat dari fitnah harta ini dengan firmanNya:

(وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا * الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌعِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا) آية 45 و46.
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45)

Harta benda dan anak-anak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (46)

3. Fitnah Ilmu

Kisah Nabi Musa AS dan orang soleh Khidir. Nabi Musa AS merasakan dia merupakan orang yang paling pandai di atas muka bumi ini. Lalu Allah Taala menegur Baginda AS bahawa masih ada di sana orang yang lebih pandai (dalam ilmu-ilmu tertentu) dari Baginda. Maka Nabi Musa AS pergi mencari Khidir untuk bertemu dan menuntut ilmu darinya. Tetapi Nabi Musa AS tidak mampu bersabar dengan apa yang dilakukan oleh Khidir AS kerana tidak dapat memahami hikmah dari apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS.
Allah Taala kemudiannya memberi kaedah apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi fitnah Ilmu ini dengan firmanNya:

(قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا) آية 69.
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

Kesimpulannya kepada penuntut Ilmu dan orang yang bergelar Ilmuan, jangan sesekali kita rasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan darjat yang telah kita perolehi sama ada gelaran Profesor, Doktor PhD dan sebagainya. Hendaklah sentiasa tawadhu dan merendah diri dengan ilmu yang Allah telah kurniakan. In sya Allah kita akan selamat dari fitnah besar akhir zaman ini.

4. Kisah Kuasa Pemerintahan

Nabi atau Raja Zul Qarnain, seorang yang adil lagi bijaksana, dianugerahkan kepada Baginda kuasa memerintah dunia. Maka Baginda mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk mengajak manusia  menyembah Allah Taala dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Hinggalah Baginda sampai di suatu kampung yang sentiasa diselubungi dengan ketakutan serangan dan gangguan ganas Yaajuj dan Maajuj. Maka Baginda pun menolong penduduk kaum tersebut dengan membina tembok yang tinggi dan kuat untuk menghalang Yaajuj dan Maajuj keluar dari penempatan mereka seterusnya membuat kerosakan dan keganasan di atas muka bumi.

Kemudiannya Allah datangkan penyelesaian dan kaedah bagaimana hendak menghadapi fitnah kuasa pemerintahan ini. Islam tidak melarang manusia daripada memegang tampuk pemerintahan tetapi Allah meletakkan syarat apabila diamanahkan untuk menunaikan tanggung jawab tersebut iaitu ayat 103 dan 104 dari Surah al Kahfi:

(قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا) آية 103و104.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(103)
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104)

Untuk selamat daripada fitnah kuasa pemerintahan hendaklah hati sentiasa Ikhlas kerana Allah Taala dalam beramal dan sentiasa mengingati hari pembalasan kelak dalam apa jua tindakan.

Surah al Kahfi diakhiri dengan memberi peringatan kepada manusia bagaimana hendak selamat dari semua fitnah yang telah disebutkan sebelumnya iaitu dengan mengingati hari Akhirat.

(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَاإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ) آية 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (110)

Hendaklah kita istiqamah melakukan amalan soleh, ikhlas kerana Allah Taala dan memastikan ia menepati sunnah dan panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW tanpa membuat dan mereka-reka ibadah-ibadah baru yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sama-samalah kita melazimi membaca surah al Kahfi yang paling kurang sekali seminggu, semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman dan Dajjal لعنة الله عليه.

Baba Umeir,
Makkah al Mukarramah,
24.3.2017.

Sifat 20

MENGAPA PERLU BELAJAR SIFAT 20

Ada sebahagian orang yang menentang pengajian Sifat 20 sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh umat Islam. Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan yang sangat lemah. Mereka mengikuti hawa nafsu, dan bertaklid buta dengan orang yang juga tidak mempelajari Ilmu Sifat 20. Malah mereka inilah pula yang menyesatkan Sifat 20.

Sebahagian dari alasan mereka yang menentang Sifat 20 adalah sebagai berikut :

1 - Pengajian Sifat 20 melahirkan orang-orang yang berakidah lemah, sebab diambil dari falsafah Yunani.

Kita jawab:

Hal ini merupakan fitnah yang besar. Kegoncangan dan kelemahan aqidah generasi zaman sekarang adalah karena mereka tidak belajar aqidah yang sebenarnya termasuk di dalamnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yang ada, bahkan ilmu Sifat 20 inilah yang telah menyelamatkan umat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani (Selatan Thailand) dari usaha pemurtadan penjajah-penjajah asing.

Negara-negara ini telah dijajah oleh penjajah-penjajah kafir yang ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi umat Islam di Nusantara tetap berpegang dengan aqidah mereka. Barang diingat pengajian tauhid yang tiga serangkai belum berkembang di Nusantara ketika itu. Jadi tauhid apakah yang menjaga umat dari bahaya murtad? Sudah tentulah jawapannya ialah Tauhid Sifat Dua Puluh.

2 - Aqidah Tauhid Sifat 20 merupakan sesuatu yang sangat berat dikaji dan menyusahkan orang Islam, sehingga ada tuduhan yg menyebut makcik-makcik (Ibu-Ibu) di Langkawi (pulau di Malaysia) yang tak laksanakan solat tujuh puluh tahun lamanya kerana tak faham Sifat 20, sebab gurunya kata kalau tak hafal Sifat Dua Puluh, solat tak sah.

Kita jawab : Sifat Dua Puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, karena menghafalnya lebih mudah dari menghafal al-Qur`an. Para sahabat Rasul telah mengafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an. Jadi jika umat Islam disuruh untuk mengahafal Sifat 20 dengan dalil Naql (al-Qur`an dan Hadis) dan akal, itu lebih mudah dari menghafal seluruh al-Qur`an.

Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan di dalam al-Qur`an maupun di dalam hadis Rasul. Jadi jika umat Islam disuruh menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat Islam. Sedangkan pengajian Sifat Dua Puluh memudahkan umat Islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya.

Jika Sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu tergantng kepada Sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada. Jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.

Sebab itulah Sifat Dua Puluh ini sangat perlu dipelajari, karena ia terdiri dari inti sari aqidah yang terdapat di dalam al-Qur`an dan al-Hadis.

Adapun cerita kononnya ada seorang perempuan tidak shalat selama tujuh puluh tahun disebabkan tidak hafal Sifat 20, maka ini cerita yang diragui dan sengaja diada-adakan.

Allah berfirman : إن جاء كم فاسق بنبإ فتبينوا
Artinya : Jika datang kepada kamu orang fasik yang membawa kabar hendaklah diteliti dulu.

Maksudnya cerita yang dibawa oleh orang tersebut perlu diteliti benar tidaknya. Dari sebanyak pengalaman dan pengetahuan saya tidak pernah ada orang tinggalkan shalat disebabkan mempelajari Sifat 20, alasan di atas adalah cerita yg berlebihan. Jika mahu bercerita, ceritalah perkara yang masuk akal dan yang benar, sebab lidah itu akan disoalkan oleh Allah di hari akhirat kelak.

Saya akan sebutkan sebahagian pusat pendidian yang menjadikan Pengajian Sifat 20 sebagai dasar di dalam Ilmu Tauhid mereka.

1 - al-Azhar asy-Syarif Mesir: Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan, Sifat Dua Puluh dipelajari di lembaga pendidikan yang tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan pelajar dan mahasiswa, tetapi mereka tetap shalat walaupun mengaji Sifat 20.

2 - Madrasah Solatiyah: Merupakan pusat pengajian yang pertama sekali dibina di Makkah menjadikan dasar pengajiannya Sifat 20, mereka semua shalat dengan bagus walapun mengaji Sifat 20.

3 - Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara: Merupakan pusat pendidikan yang sangat terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahun, lebih dari tujuh ratusan pelajar, mereka semua shalat walaupun mempelajari Sifat 20 sama ada yang sudah hapal atau belum.

Pesantren Lirboyo Kediri, Pesantren Tebu Ireng, Pondok Lubuk Tapah (Malaysia), Pondok Bakriyyah Pasir Putih dan banyak lagi pondok dan pesantren yang mempelajari Ilmu Sifat Dua Puluh di Nusantara.

Bahkan, mereka yang mempelajari sistem Tauhid Tiga Serangkai (versi Wahabi ) kebanyakannya mudah terjerumus kepada aqidah mujassimah yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Sebab itulah Wahabi bersusah payah untuk menghapuskan Tauhid Sifat Dua Puluh. Selama masih ada di bumi ini orang yang mempelajari Ilmu Tauhid Sifat Dua Puluh, selama itulah Wahabi akan mengakui diri mereka salafi iaitu golongan Mujassimah Musyabbihah.

3 - Sifat Dua Puluh tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia, tetapi ada setelah abad-abad yang terkemudian dari itu.

Kita jawab: Tidak adanya Sifat Dua Puluh pada zaman Rasul dan sahabat, bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian Sifat Dua Puluh, sebab isi dan kandungan Sifat Dua Puluh sudah pun ada pada zaman Nabi dan sahabat, misalnya sifat wujud Allah, Qidam, Baqa, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, kalam adalah sifat-sifat yang dikenal oleh Nabi dan para sahabatnya.

Barangsiapa yang mengingkari bahwa Nabi mengetahui sifat-sifat ini berarti aqidahnya telah jauh dari aqidah Islam. Bagaimana boleh Nabi mengingkari wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat-sifat ini telah termuat di dalam al-Qur`an dan Hadis Nabi.

Seperti Rukun shalat, Nabi tidak pernah katakan berapa rukun shalat, berapa sunnah-sunnah shalat, berapa syarat-syarat shalat, tetapi melalui al-Qur`an dan Hadis para ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun-rukun shalat dari mulai berdiri sampai salam, apakah perbuatan ulama-ulama tersebut suatu yang bid`ah? Hal seperti ini tidak bid`ah karena isi dan kandungannya dari al-Qur`an dan as-Sunnah.
Saya akan bariskan seluruh sifat yang telah ulama sebutkan sebagai sifat yang paling penting yang Allah miliki. Ibaratnya jika Allah tidak bersifat seperti itu maka Allah tidak layak menjadi tuhan, tetapi karena dalil naqli dan akal telah menyebutkan Allah bersifat dengan dua puluh sifat maka sahlah Allah sebagai tuhan yang disembah.

Berikut adalah beberapa sifat yang sangat penting:

1 - Wujud:
Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang disembah. Jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik dari al-Qur`an adalah :
أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60

Artinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).

2 - Qidam:
Allah s.w.t bersifat qadim yang maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh dianggap sebagai tuhan.

Dalilnya :هو الأول وهو الآخر

Artinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).

Sifat ini banyak dikritik oleh golongan Wahabi. Mereka menganggap bahwa qadim bukan sifat Allah karena tidak terdapat di dalam al-Qur`an.

Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh digunakan. Selagi maksud sifat itu terdapat di dalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang diterima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat sebagai sifat tuhan.

Sifat qidam juga telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim di dalam Mustadrak.  Juga terdapat di dalam sunan Abu Daud.

3 - Baqa':
Wajib bagi Allah bersifat baqa` yang bererti tetap tidak diakhiri dengan kematian, Allah berfirman

ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Artinya : Dan kekallah Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. (ar-Rahman 27)

4 - Mukholafatuhu Lilhawadis:
                    - مخالفة للحوادث
Sifat ini merupakan sifat yang paling penting untuk difahami. Ia bererti bahwa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yang baharu tidak boleh disamakan kepada Zat, sifat, dan perbuatan Allah. Barang siapa yang mengingkari sifat ini maka dia telah terkeluar dari agama Islam. Jadi Allah tidak sama dengan makhlukNya.

Firman Allah : ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير

Artinya : Tiada sesuatu pun yang sebanding (serupa) dengan (Zat, sifat, perbuatan)Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Syura 11 ).

Selanjutnya seluruh sifat yang ulama-ulama asy-Sya`irah telah kemukaan di dalan Ilmu Sifat Dua Puluh memiliki dalil-dalil yang jelas di dalam al-Qur`an.

4 - Sifat Allah tidak hanya dua puluh kenapa mesti dibatasi?

Kita jawab : Asya`irah ketika membincang Sifat Dua Puluh TIDAK PERNAH membataskan sifat-sifat Allah, bahkan mereka mengakui sifat Allah itu banyak. Setiap sifat yang sempurana dan mulia itu adalah sifat Allah. Orang yang mengatakan Asya`irah hanya mengajar dua puluh sifat saja membuktikan dia tidak pernah membaca buku-buku aqidah aliran Ahlus Sunnah Asya`irah. Cuba lihat sebahagian kitab-kitab Asya`irah:

a - Matan as-Sanusiyyah:
Kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf as-Sanusi yang meninggal dunia tahun 895 hijriyah, kitab ini merupakan kitab yang paling penting di kalangan Asya`irah, telah mendapat perhatian khusus dari kalangan ulama dan pelajar agama, sehingga menjadi rujukkan aqidah bagi Asya`irah sedunia.

Di dalamnya menyebutkan:

فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة
Artinya : Sebahagian sifat yang wajib bagi Allah yang Mulia dan Tinggi adalah dua puluh sifat (Matan Sanusia beserta Hasyiahnya Imam Bajuri:16 , terbitan Musthafa Halabi, 1374 - 1955).

b - ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi

فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة

Artinya: Dan sebahadian dari sifat yang wajib bagi Allah adalah dua puluh sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni: 5, terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir (1373 -1954).

Perlu diketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) artinya menunjukkan sebahagian saja, dengan begitu sifat Allah banyak sekali, segala sifat yang patut, layak, dan mulia adalah sifat Allah, tetapi di antara sifat-sifat itu dua puluh sifat yang sangat perlu sekali diketahui secara terperinci.

Jom Belajar Sifat 20.

Oleh: Syeikh Muhammad Husni Ginting.

Nafsu utk jadi pemimpin

Keinginan untuk menjadi pemimpin dan memiliki kedudukan adalah suatu dorongan hawa nafsu yang rendah. Sehingga dikatakan serendah-rendah zuhud, yg tiada lagi zuhud selepasnya ialah keinginan untuk menjadi pemimpin (hubbu ar ri-asah),

Selepas kita lanjut usia, syahwat kelamin biasa menurun, nafsu makan minum pun semakin hilang, kadang-kadang pengumpulan harta pun sudah tidak keutamaan, tetapi nafsu untuk menjadi ketua untuk berkuasa terus maintain. Kita sanggup habiskan harta, masa, daya tenaga bahkan kehormatan diri  demi untuk menjadi ketua dan untuk meminpin.....

Seakan kerusi kuasa itu kita nak bawa mati... Menemani kita dalam kubur, sukar untuk rela melepaskannya. Penyakit parah ini bukan sahaja menjadi wabak di kalangan non agamis , bahkan yang agamis (agamawan) pun turut berebut untuk dihinggapi penyakit yg mematikan hati dan pertimbangan ini.....

Tn. Zaidi Hassan

Nasehat

Hasan Al-Bashri r.a., seorang tokoh tabi’in memberi 3 Nasehat:
“1) Orang yang tidak punya adab adalah orang yang tak punya ilmu.
2) Orang yang tidak punya kesabaran menanggung derita menjauhi kedurhakaan dan menanggung derita beratnya menunaikan kewajiban. Mereka ini adalah orang yang tidak beragama.
3) Orang yang tidak punya sifat wara’ adalah orang yang tidak punya kedudukan dekat di sisi Allah.”

Menurut Imam Nawawi, yang dimaksud dengan sifat wara’ adalah menjauhi sesuatu yang haram dan syubhat.
Dan, yang dimaksud dengan sabar itu dapat dipahami dengan 3 macam, yaitu:
“1) Sabar dalam menghadapi musibah dan kezhaliman;
2) Sabar dalam melaksanakan ketaatan; dan
3) Sabar dalam menjauhi maksiat.”

---Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nashaihul 'Ibad

Cebisan Sejarah Memali

Ibrahim Libya: "Daripada hidup bercerminkan bangkai ...". Ikuti cebisan kisah peristiwa bersejarah Memali

Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada.

Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.

Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.

Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.

Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.

Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.
Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.

Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.

Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.

Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.

Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.

Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.

Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.

Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.

Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.

Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya."
Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.

Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.

Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.

Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.

Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.

Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.

Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.

Beliau kembali menemui tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.

Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu.
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.

Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.

Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.

Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.

Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari.

Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.

Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.

Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.

Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.

Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.

Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.

Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.

"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya.

Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.

Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.

Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini "Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.

Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.

Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.

Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan. dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.

Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.

Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.

Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.

Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya..As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.

Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.

Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.

Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.

"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.

Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.

Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.

Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.

Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.
Ya, tidak lama lagi, bermula 19 November akan datang, kawasan sekitar medan tempur dan Kampung Memali ini akan kembali hiruk pikuk dengan sambutan umat manusia.

Bukan lagi untuk mengadap atau mengharung hujan peluru dan kepulan asap putih yang kemudiannya meragut nyawa, tetapi riuh dengan kehadiran gelombang limpahan para pejuang taat setia kepada perjuangan Islam.
#istiqamah

IKUT ULAMA, KENAPA TIDAK RUJUK TERUS AL QURAN DAN SUNNAH

WAHAI KIYAI, MENGAPA KITA MENGIKUT KATA ULAMAK? BUKANKAH LEBIH BAIK KITA RUJUK TERUS DARI AL-QURAN DAN SUNNAH SAHAJA?

Suatu hari, datang seorang pemuda bernama Abdullah ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?

Seringkalilah juga saya mendengar mereka akan menyebut:

“Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Athaillah al-Sakandari,kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.

Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu.Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.

Maka persoalannya, pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?
Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya.

Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.

Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Hatta Imam Syafie rahimahullah yang berbangsa Arab sendiri pun tinggal di perkampungan Bani Huzail selama lebih kurang 10 tahun semata-mata ingin belajar Bahasa Arab mereka yang hampir dengan fushah...

Kamu tahu Abdullah,al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.

Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?”

Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.

Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah.

Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara-perkara khilaf dan menolak pandangan-pandangan ulama-ulama muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..

Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yg benar insya Allah.

Kredit: Zarissa Zuha Zam

Dikala umur mu 40 tahun

Dikala umur mu 40 tahun...

Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sbgnya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dgn Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.

~ Tazkirah utk diriku dan sahabat semua, dikongsikan kepadaku oleh sahabat tersayang..

Saturday, 18 March 2017

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya,

"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Sllu kita akn tya apa rahsia utk kaya...tp kita lupa utk jg hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sdri n kwn2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh."Aamiin.          ♦ KITA SAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.          ♦ SENTAP ? Tandanya ada iman. Sbb tu la aku tegur then bash aku. Now perbaiki diri sendiri ☺ nnt akhirat jgn jumpa aku tuntut bagai sbb tak tegur...

- Dari group Usahawan Dunia dan Akhirat

Sunday, 12 March 2017

Disiplin

7 Ways to Develop Daily Discipline

Many people wonder how I manage to stay so disciplined. They think my life must be very hard because I’ve always followed a strict schedule, from when I was training to be an Olympic athlete to now, since I’ve co-foundedOnbotraining, an online coaching service that helps people achieve their goals.

But I don’t see it that way because I love what I do. My journey to the Olympics showed me what it takes to become skilled at something, and I don’t mind replicating that journey in my professional life. I have never minded the struggle because I know it offers me the opportunity to reach my goals.

I worked full time while I trained full time for the Beijing Olympics. I am not an exception in the world of elite athletes—many support themselves with dual high-level careers and live their dreams by achieving their Olympic goals. They push their capabilities to their limits and enjoy lives of purpose.

These athletes know how discipline works, how it shows you are in control of your life. It’s the path to get anything you want.

So how do you maintain a discipline? By combining an automated brain program—doing whatever needs to be done—with an incredible commitment to your goal.

It becomes increasingly harder to be disciplined in a society that prizes instant gratification. We are more concerned about feeling good all the time, so we seek immediate pleasures, whether it’s a new car, an exotic trip or a new partner. Our long-term goals are not so important anymore. We get comfortable and wait for a special event to give our lives meaning, happiness and success.

Discipline is the difference between being in control of your future and letting your environment dictate your destiny.

Discipline means freedom and happiness. It gives you the ability to do what you want because you know you can learn how to achieve any dream you set your mind to. Discipline teaches you how to control your thoughts—and how to be happy in any situation, to visualize positive emotions and trigger an optimistic mood. Discipline builds self-confidence, mental and physical strength, and inspires you to grow as a human being. With growth comes the ability to enjoy life in deeper, more meaningful ways.

Anyone can develop discipline. It’s a skill and it’s not complicated—you just have to train yourself for it.

Here’s how:

1. Set big goals.

When you challenge yourself to achieve bigger goals, you really dedicate yourself to the craft. The more time you spend on it, the harder it becomes to quit. Once you have spent so much sweat, time and effort on it, if you quit, it will be for nothing. The bigger the goal, the more invested you become.

2. Set clear goals.

Clearly define what your goal means to you and what you will specifically do to achieve it. If you set a goal to live healthier, for example, will you go running every day? At what time and for how long? Will you eat healthy? If there is no clear goal, there is no opportunity to create the specific steps you’d need to do to accomplish it.

3. Know that every day matters.

When you wake up in the morning, do you know what’s most important for you to accomplish that day? Every goal, every priority, you have set for yourself has to be done—it will determine whether your dream lives or dies. Athletes know if they skip even one training session, they are already behind; they know they will lose a competition that is still three months away if they don’t do what they said they would, if they don’t follow through with their plan—if they aren’t disciplined.

4. Don’t argue with the plan.

If you want to go to the Olympics, each training session matters; there isn’t one that’s less important than another. It’s the same with everything else in your life. When you start the process, you cannot question it, you cannot hesitate, you cannot back down—you have to work hard every single day to reach your dream, full force.

5. Build a no-matter-what mindset.

Build the mindset that no matter what, you will accomplish things when you said you would. No matter what. You have to create pressure for yourself, otherwise nothing will get done. There is good stress and bad stress, and you have to make sure you are operating under good stress—butterflies in the stomach, a manageable adrenaline that stimulates you.

6. Plan a routine.

Create a routine that becomes second nature, automatic, normal. Athletes, for example, know what hours they train, when to break for lunchtime and dinnertime, and when to rest. In training, they know they have to do a warm-up, main training, and cool-down and recovery. By following the same routine, it becomes second nature—the discipline preps them to win. Planning your own routine—and sticking to it until it becomes automatic—can prep you for success, too.

7. Commit.

Discipline was instilled in me by my mom. When I would ask her if I could start art, dancing or volleyball classes, she would say, “Be careful in choosing where you will spend your time, because you won’t be able to quit. You will have to follow through with it until the end, and do it well.” So I really considered whether I would be able to commit to something for a long time. And when I knew, when I chose the one thing I wanted to do, it made me want to figure out how to keep getting better at it—it made me want to commit.

8. Understand the transformation process.

Your body and brain will do everything it can to resist change and growth. You need to know that it’s natural to feel lazy and undisciplined—but you alsoneed to know that you have all the power to fight it. Start with your thoughts.

9. Go above feelings.

The hardest part about discipline is maintaining the actions needed to achieve your dream or state of happiness. It requires constant hard work and fighting against comfort and instant pleasures. To do so, you have to separate yourself from the feelings that stop you, like fatigue, laziness or self-pity. You have to go above them, even if your feelings tell you that you are tired, stressed and alone in this struggle. Discipline is the direct training of a fighter.

10. Resist the brain.

All people are lazy, even the most successful businesspeople, the most accomplished athletes and the most talented actors. But it’s not simply laziness—it’s your brain saving energy for you. Any movement takes energy, and the brain is doing everything to stop you from moving by sending body signals about how hard it is to move and thoughts about how scary it would be if you fail. But you can trick your brain: Imagine your body is a beautiful machine and you are operating it as a higher force from above. Separate yourself from your body. Play it as a computer game. You are the one who commands your body to accomplish tasks.

11. Find pleasure in the hard work.

Shift your focus to the process and concentrate on getting the work done faster and better every time. Speed is important; you have to move quickly in order to achieve perfection in a set amount of time.

So many people quit too early. Success is all about persistence, and discipline is what gets you to your final destination—the realization of your dream. The more you learn about your craft and your capabilities, when you start seeing yourself improve, the results will make you hungry for more. Self-improvement is an amazing drug.

I love discipline because it is a source of power. It is an engine that helps us understand and explore our capabilities and life’s opportunities. Discipline is not boring; it’s the freedom to put all our energy into creating something meaningful and beautiful.

It’s up to us to choose the life with discipline or without, with a goal or without, with a dream or without.