Hari ni hari kedua di Morib dgn geng jaring ikan. Pengalaman la buat aku utk turun laut jaring ikan masa air surut. Semalam sempat 1 pusingan, walaupun hasil tak seperti digembar-gemburkan.
Boleh laa, sebagai permulaan. Rasa sedikit kekok sbbnya lama dah tak bergelumang dgn selut dan air laut. Bersama kami ada seorang budak canser fighter. Memang dari segi kemampuan dia lembik dan tak sama dgn org normal ni. Tp tgok dia punya keazaman, tu buat kita pakat semangat.
Ada chef seorang, setle pasai makan. Alhamdulillah hasil mancing semalam kenyang perut dgn menu ikan 3 rasa, telur dadar, sup ayam, sambal tumis pekena dgn nasi panas. Merecik hawau.
Cuma semalam perkongsian dari seorang brother ni, kita ni baru sekali dua turun laut. Cuba bayang nelayan dan org2 kampung sini setiap hari turun laut. Dah tu lunca pendapat mereka, cukup buat makan seberanak. Esok kira lain pula.
Mcm mana pula aku, aku anak nelayan. Ayah aku dulu seorang nelayan laut, cuma mai dkt anak dia terputus sanad nelayan tu. Tp masih ada darah nelayan dalam diri ni. Haha.
Apapun jgn serik la, utk mencuba lagi. Kita kena keluar dari hidup selesa, cari pengalaman isi masa muda. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment