Tuesday, 13 August 2019

Maksiat dlm perjuangan

Baru sekarang aku faham maksud ustaz yus, maksiat org dlm perjuangan Islam ni ialah dia tinggal maksurat, solat sunnah, bangun malam.

Apa seorang perjuang itu bukankah ini semua suatu kewajipan bg dia, meninggalkannya bermaksud berdosa. Inilah yg dikatakan bermaksiat dlm perjuangan, bukan dia berzina, minum arak dan membuang masa tetapi ini rupanya. Iaitu meninggalkan tarbiah harian.

Allohurabbi, tak malukah digelar pejuang tetapi amalan harian entah ke mana hanya ikut hawa nafsu. Tidakkah itu maksiat wahai pejuang agama.

Tegakkan agamamu niscaya nanti Allah tegakkan imanmu. Allahu Akbar!

Saturday, 20 July 2019

Cita-cita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah.

Aku punya cita-cita utk duduk di masjid sambil iktikaf. Rasa syok oh... Ya kadang2 tu tertidur, tp bg aku seronok bila ada peluang duduk tenangkan minda dlm masjid.

Sambil2 main hp, boleh baca al-Quran, berzikir, baca buku dan solat sunat.

Semoga diberikan kesempatan dlm kesibukan harian utk dpt lepak di masjid.
#akuKakiMasjid

Sunday, 23 June 2019

Perut Buncit

Assalamualaikum.

Perut buncit ataupun terlebih makan di kalangan orang muda pada aku sesuatu yang tidak patut melainkan atas faktor penyakit atau perkara yang memerlukan kita buncit.

Selalunya gejala ini berlaku apabila dah berkahwin, sibuk dengan kerja serta tidak bersenam mengikut keperluan diri.

Aku tidaklah menyalahkan tetapi lebih orang muda perlu cergas dan menjaga diri kerana apabila buncit alasannya  ialah malas.

Jadi marilah kita mengempiskan perut dengan cara yang sesuai dengan kita, kerana memberikan kita badan yang sedap dan mudah untuk kita meningkatkan potensi diri.

#hari1

Friday, 21 June 2019

Aku pejuang.

Alhamdulilah, masih hidup lagi meneruskan usia muda.

Hari ini, dalam perjalanan utk bertugas sebagai Jabatan Amal di Muktamar Parti Islam Semalaysia, PAS. Pukul 2.31 pagi selamat sampai di kawasan gambang, Pahang.

Terkesan dgn kata-kata semangat pemuda mestilah jgn tertinggal dlm zaman kemenangan Islam.

Allahuakbar, terjentik semangat yg lama tersimpan dlm lubuk hati. Teringat kata-kata baba zuhir, kita ni pewaris nabi.

Wednesday, 15 May 2019

Pemalasnya kita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah, hari ni 11 ramadhan. Laku sungguh musim ni dgn jualan kuih muih di sekolah.

Bagi aku, nak meniaga ke apa ke jgnlah di sekolah. Sebabnya nanti bila di akhirat, apa nak jawab.

Ambil ibrah dari kisah saidina Umar yg memadamkan lampu minyak tanah utk bercakap dgn anaknya. Sbb ini kepunyaan kerajaan bukan aku punya. MasyaAlloh begitu menjaga amanah kepimpinan sehingga sekecil-kecil perkara.

Dalam masa yg sama kena igt kita ni bukan mcm sahabat dulu, kita ni jauh sgt.

Wallahua’lam

Wednesday, 1 May 2019

Kita sedang diuji setiap masa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukan semua orang sedar, kita ini diuji pagi petang siang malam. Kalau sedar pon ada lagi bisikan syaitan, dan juga nafsu yang mendorong benda seronok.

Jadi, aku perasan akan datang tanda2 bila kita diuji. Iaitu bila kita letih, bila kenyang, bila fikiran berimaginasi dan bila tertangguh amalan harian.

Bangunlah, fikirkanlah perkara lain dan cuba insafi kesalahan lepas. Mudah-mudahan diberikan kekuatan menghadapi ujian tadi.

Alloh aku banyak dosa, jgn biarkan daku sesat. Astaghfirullah al azim.

Saturday, 20 April 2019

Aktiviti menjaring ikan di Morib.

Hari ni hari kedua di Morib dgn geng jaring ikan. Pengalaman la buat aku utk turun laut jaring ikan masa air surut. Semalam sempat 1 pusingan, walaupun hasil tak seperti digembar-gemburkan.

Boleh laa, sebagai permulaan. Rasa sedikit kekok sbbnya lama dah tak bergelumang dgn selut dan air laut. Bersama kami ada seorang budak canser fighter. Memang dari segi kemampuan dia lembik dan tak sama dgn org normal ni. Tp tgok dia punya keazaman, tu buat kita pakat semangat.

Ada chef seorang, setle pasai makan. Alhamdulillah hasil mancing semalam kenyang perut dgn menu ikan 3 rasa, telur dadar, sup ayam, sambal tumis pekena dgn nasi panas. Merecik hawau.

Cuma semalam perkongsian dari seorang brother ni, kita ni baru sekali dua turun laut. Cuba bayang nelayan dan org2 kampung sini setiap hari turun laut. Dah tu lunca pendapat mereka, cukup buat makan seberanak. Esok kira lain pula.

Mcm mana pula aku, aku anak nelayan. Ayah aku dulu seorang nelayan laut, cuma mai dkt anak dia terputus sanad nelayan tu. Tp masih ada darah nelayan dalam diri ni. Haha.

Apapun jgn serik la, utk mencuba lagi. Kita kena keluar dari hidup selesa, cari pengalaman isi masa muda. Wallahu'alam

Tuesday, 9 April 2019

UJIAN KE BALASAN

Kesiankan bila seseorang itu diuji. Daripada seorang yg warak sbgai cth, ttpi akhirnya kecundang kelembah maksiat. Nauzubillah.

Peringatan utk diri sendiri.

Cuma aku terfikir, takkanlah Tuhan itu sengaja bagi macam tu. Tuhankan Maha Penyayang.

Yang pasti, manusia yg salah. Ada yg diperbuatkan sehingga diuji begitu. Macam mana pun, Tuhan lebih tahu aturannya bagaimana.

Fikiran kita takkan pernah sampai tingginya perancangan Allah. Allahuakbar.

Tuesday, 26 March 2019

Catatan 5

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Semakin hari, taklifan sedang menunggu kita sebagai ahli gerakan Islam. Aku dlm diri, aku cakap suatu hati nanti pasti mau tidak mau kena memegang taklifan jemaah.

Seolah2 menjadi yb sibuk seharian dgn tugasan, pasti kita mahu buat yg terbaik utk rakyat. Sama seperti itu, taklifan kepada kita perlu buat begitu. Kita mahu buat yg terbaik utk jemaah.

Pengalaman yg lepas, rasa mcm teruk sgt taklifan kita dpt. Sekejap sahaja, Tuhan akan ganti dgn lebih baik dari kita selepas itu. Memang betullah, kita berkuasa sekejap sahaja, gunakan kuasa itu dgn bermanfaat kerana bila tiada kuasa kita ni takda apa.

Rupanya susah utk rendah diri, walaupun kita sedar diri ni jahil. Itulah yg dikatakan nak tarbiah kenalah  ditarbiah dahulu. Jgn sbb kejahilan kita penyebab kita salah.

Buatlah sesuatu utk atasi madalah yg dihadapi, malas berfikir rugikan minda, kreatif pon ada dlm penyelesaian masalah.

Wallahua’lam.