*SEJARAH WARISAN ILMU DI TANAH MELAYU*
(WACANA ISLAM LIBERAL SIRI 3)
Kuliah Oleh: Tuan Guru Ustaz Ahmad Ali حفظه الله
Pada peringkat awal, apa jua rujukan adalah dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebab baginda seorang sahaja yang menerima wahyu. Dalam masa yang sama, Nabi ajar para sahabat metodologi untuk mengeluarkan ijtihad. Bagaimana apabila timbul sesuatu isu baru, tetapi tidak ada ayat al-Qur'ān yang turun.
Apabila Nabi wafat, daripada 140 ribu orang sahabat رضى الله عنهم yang masih hidup, hanya 130 orang "speacialist" sahaja yang dilantik sebagai tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
130 sahabat ini bukan sahaja belajar perkara yang tersurat, bahkan perkara-perkara tersirat juga. Pada peringkat awal, Al-Qur'ān ditulis oleh individu secada peribadi, antaranya ialah Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Abbas dan Muawiyyah.
Ketika Abu Bakar As-Siddiq diltabalkan sebagai Khalifah pertama, beliau akan merujuk kepada Al-Qur'ān ketika menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau tak jumpa, beliau akan merujuk kepada As-Sunnah. Kalau tak jumpa juga, kumpulan 130 sahabat akan dipanggil untuk berijtihad. Apa yang diputuskan oleh jemaah tersebut, itulah yang dipakai.
Ijtihad tidak boleh dibuat oleh seorang individu, ia perlu dibuat secara kolektif. Kesemua ilmu, tidak boleh keluar daripada skop Al-Qur'ān dan As-Sunnah. Berkembang macam mana pun sesuatu ilmu, kena pastikan jangan terlepas dari kawalan kedua-dua.
*WARISAN ILMU DAN METODOLOGI*
Pada hari ini, wahyu sudah tidak turun kalau keluar masalah-masalah yang baharu. Maka, kena ada kaedah-kaedah (metodologi) dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Kembali kepada generasi sahabat tadi, 130 orang ini sahaja yang mempunyai autoriti untuk mengeluarkan hukum. Kemudian, ilmu ini diwariskan kepada generasi kedua (tabi'in). Seterusnya, diperturunkan pula kepada generasi ketiga (tabi' tabi'in). Lahir zaman para mujtahidin seperti Imam Syafie, Imam Malik dan sebagainya.
Inilah murunah ('elasticity') di dalam Islam. Ia boleh berkembang, namun dasarnya tidak akan pernah terlucut.
*KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU*
Apabila penjajah masuk ke Tanah Melayu, mereka membawa sekali 'ilmu' mereka. Masyarakat kita pula tidak boleh berijtihad seperti generasi dahulu. Jadi semua pakat guna 'mana yang ada sahaja'. Sehinggakan, orang yang tak berautoriti pun mahu mengeluarkan hukum. Maka, keadaan menjadi semakin celaru.
Orang Melayu di Tanah Melayu mula menerima ilmu secara formal dengan kedatangan Islam. Apabila pedagang-pedagang dari Arab datang berniaga sambil berdakwah, mereka akan mulakan dengan Al-Qur'ān dahulu. Menunjukkan bahawa ilmu itu tidak boleh dipisahkan daripadanya.
Akhir kurun ke-13 hijrah, ada satu orang pendakwah dari Jeddah, namanya Sidi Aziz. Beliau mari ke Melaka, turun-turun dari kapal terus beliau mendirikan solat Asar. Ketika beliau angkat tangan berdoa, orang Melayu melihat dengan penuh rasa hairan. Kerana, mereka masih belum mengenali Islam lagi.
Waktu itu, orang Melayu semuanya beragama Hindu, jadi mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Sidi Aziz tersebut. Akhirnya, berita itu sampai ke pengetahuan Raja Melaka dan baginda memanggil Sidi Aziz menghadapnya di istana Melaka.
Kebetulan, sebelum itu Raja ada bermimpi yang menyebut bahawa agama Hindu tidak benar. Ada satu agama yang benar, tetapi Raja tidak tahu apakah agama tersebut. Dipendekkan cerita, setelah Sidi Aziz datang berdakwah di istana, akhirnya Raja Melaka pun memeluk agama Islam. Baginda diajarkan Al-Qur'ān oleh Sidi Aziz.
*PORTUGIS DATANG MENJAJAH TANAH MELAYU*
Pada tahun 1511 Masihi, tentera Portugis datang menjajah Melaka. Mereka nak balas dendam pada Islam sebab pada tahun yang sama beberapa wilayah di bawah Khilafah Turki Uthmaniyyah jatuh, sehingga menyebabkan umat Islam berpecah.
Ke mana tentera Portugis pergi, mereka nak lanyak umat Islam sebab syiar Islam itu pernah berkembang sehingga ke Sepanyol. Mereka bina gereja yang besar di Melaka sebagai pusat melancarkan dakyah Kristian.
Sebelum itu (1136 Masihi), telah datang seorang pendakwah yang lain ke negeri Kedah, namanya ialah Syeikh Abdullah. Dia melihat ketika itu ada kuil besar di Merbok (candi Lembah Bujang).
Syeikh Abdullah sedar bahawa, dia perlu berdakwah kepada orang atasan untuk meyedarkan mereka kepada Islam. Kerana orang yang berada di puncak sesebuah sistem, maka pastilah dia merupakan orang yang paling hebat dan disanjungi. Maka, Syeikh Abdullah mengambil keputusan untuk pergi bertemu dengan Sultan Kedah (Sultan Muzaffar Shah I).
Sultan Kedah akhirnya memeluk Islam. Kemudian, Syeikh Abdullah bercadang nak membina masjid sebagai pusat pengajian Al-Qur'ān selain mengajarkannya di istana. Di sini juga menunjukkan bahawa, Al-Qur'ān itu sangat penting. Kesemua ilmu itu terbit daripadanya.
*ERA PENJAJAHAN BRITISH*
Setelah Portugis dan Belanda berundur, maka Tanah Melayu dimasuki oleh pihak British pula. British melihat bahawa Belanda gagal dalam usaha dakyah Kristian kerana adanya institusi pondok yang menjadi benteng dan penghalang kepada usaha para misionaris Kristian.
Pada peringkat awal, peranan pondok berjaya mengagalkan juga usaha British dalam menyebarkan Kristian. Namun, British mengkaji dengan teliti macam mana nak kembangkan Kristian. Mereka menggunakan polisi yang lain.
British memberi kebebasan kepada semua penubuhan institusi pendidikan. Mereka juga tidak masuk campur institusi pondok. Sesiapa yang berminat nak buka sekolah Melayu, boleh buka.
Begitulah juga sekolah yang lain. Sesiapa yang berminat nak buka sekolah Inggeris, boleh buka. Nak buka sekolah Cina, boleh buka. Nak buka sekolah Tamil, boleh buka. Sekolah Inggeris yang pertama ialah Penang Free School di Pulau Pinang.
*GERAKAN MISIONARIS MELALUI PENDIDIKAN*
Kononnya, East India Company datang ke Tanah Melayu nak berniaga rempah-ratus. Namun, sebenarnya mereka ialah gerakan Kristian. British menyerahkan kepada mereka sumber kewangan untuk menaja sekolah-sekolah tadi.
Tetapi, orang Melayu masih tidak berminat nak ke sekolah Inggeris. Oleh kerana, di sana tidak ada pengajian agama. Pihak British bijak. Mereka memasukkan juga pengajian agama dalam sistem sekolah mereka. Kalau ada 15 orang satu kelas, maka mereka dibenarkan untuk membuka kelas pengajian agama.
Malangnya, pengajian agama ini hanya diperuntukkan 2 jam sahaja setiap minggu. Sedangkan dahulu, orang Melayu belajar Al-Qur'ān selama 3 jam sehari. Bermakna dalam masa seminggu, mereka peruntukkan untuk pengajian agama selama 21 jam!
Apabila berlakunya hal yang sedemikian, maka pencapaian ilmu pun semakin berkurangan. Tulisan rumi diperkenalkan mengganti tulisan jawi. Orang Melayu semakin buta tulisan jawi, dan akhirnya buta Al-Qur'ān.
*BUTA JAWI DAN AL-QUR'AN*
Bahasa Arab memiliki 28 huruf. Manakala tulisan Jawi memiliki 32 huruf. Terdapat beberapa tambahan huruf dalam tulisan Jawi bagi menulis dalam sebutan Melayu.
Contohnya ialah "pisang". Orang Arab tiada huruf "nga", makanya dia letak 3 titik di atas huruf " ع ". Begitulah juga untuk perkataan "bagus". Orang Arab tiada huruf "ga", makanya dia letak 1 titik di atas huruf " ك ".
Masyarkat Melayu mula menjadi tidak reti menulis jawi dengan hadirnya tulisan rumi sebagai pengganti. Akhirnya, orang Islam sendiri pun tidak reti membaca Al-Qur'ān. Padahal dahulu, orang Melayu sangat pandai tentang ilmu Al-Qur'ān.
Wallahua'lam
Arau Bandar Diraja,
25 Safar 1440/
3 November 2018
No comments:
Post a Comment