Wednesday, 15 May 2019

Pemalasnya kita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah, hari ni 11 ramadhan. Laku sungguh musim ni dgn jualan kuih muih di sekolah.

Bagi aku, nak meniaga ke apa ke jgnlah di sekolah. Sebabnya nanti bila di akhirat, apa nak jawab.

Ambil ibrah dari kisah saidina Umar yg memadamkan lampu minyak tanah utk bercakap dgn anaknya. Sbb ini kepunyaan kerajaan bukan aku punya. MasyaAlloh begitu menjaga amanah kepimpinan sehingga sekecil-kecil perkara.

Dalam masa yg sama kena igt kita ni bukan mcm sahabat dulu, kita ni jauh sgt.

Wallahua’lam

Wednesday, 1 May 2019

Kita sedang diuji setiap masa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukan semua orang sedar, kita ini diuji pagi petang siang malam. Kalau sedar pon ada lagi bisikan syaitan, dan juga nafsu yang mendorong benda seronok.

Jadi, aku perasan akan datang tanda2 bila kita diuji. Iaitu bila kita letih, bila kenyang, bila fikiran berimaginasi dan bila tertangguh amalan harian.

Bangunlah, fikirkanlah perkara lain dan cuba insafi kesalahan lepas. Mudah-mudahan diberikan kekuatan menghadapi ujian tadi.

Alloh aku banyak dosa, jgn biarkan daku sesat. Astaghfirullah al azim.