Tuesday, 25 September 2018

Catatan 4

Salam.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli ‘alla Saiyyidina Muhammad wa’ala ali Saiyyidina Muhammad.

UJIAN.

Setiap dari kita pasti diuji, ujian sama ada atas kita atau atas keluarga kita.

Kita rasa bahagia bila tgok org senang, tp apa kita rasa bila tgok org susah?. Kasihankan, mereka diuji dgn ujian yg berat sekali. Tapi adakah kita sedar, apa ujian buat kita?

Semoga Allah berikan kita kekuatan utk menghadapi ujianNya. Semoga istiqomah beramal.

Semoga cepat sembuh adik Izzah Munizar. 💪🏻

Catatan 3

Salam.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli ‘alla Saiyyidina Muhammad wa’ala ali Saiyyidina Muhammad.

"Ujian dlm perjuangan"💓.

Adakah kamu main2 dalam perjuangan ini, tidak ada tempat utk org yg main2 dlm perjuangan ini. Mendengarkan serta mengingati kalimah ini cukup mencubit rasa di hati bersalah dgn gerak kerja yg dijalankan selama ini.

Cemburu aku melihat sahabat2 yg bertungkus lumus mengatur program dan menjayakan, diberi ini buat, diberi itu buat. Kelihatan mereka penat, tetapi tetap mereka buat, apakah yg ada dlm hati mereka ini.

Adakah ini yg dikatakan manisnya perjuangan, jauh dari pangkal kiranya nk dibandingkan dgn diri kita. Ini culas, itu culas, ini tak boleh, itu tak boleh. Apa sebenarnya tujuan kita menyertai perjuangan?.

Seronok2, saja berpersatuan, sbb pernah join usrah, kawan2, mak ayahh suruh, malu kalau tak join, jawatan apaagi yg tak disenaraikan. Jadi dimana nk dibawa perjuangan ini?

APA SEBENARNYA KITA NAK, KEMANA KITA NAK BAWA?.
DUNIA atau AKHIRAT?

Semoga bermanfaat 🤔

Catatan 2

Salam.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli ‘alla Saiyyidina Muhammad wa’ala ali Saiyyidina Muhammad.

Alhamdulillah dikurniakan zuriat memang satu nikmat yg sgt perlu kita syukuri.

Ada orang yg dah kawin lama belum dpt anak, dihujung usia baru dpt anak, ada org kawin hujung2 baru dpt anak tp meninggal pula. Allohurabbi.

Anak perempuan utk kita seronok2, anak lelaki utk kita main dgn dia.

Anak ini ujian dan amanah. Sayang anak tangan2kan, biar menangis sekarang jgn menangis kemudian hari.

Alhamdulillah puteri pertama diilhamkan nama "Maryam binti Mohd Abdul Aziz". Semoga engkau membesar menjadi anak solehah, srikandi ummah.

Semoga bermanfaat :)

Catatan 1

Salam.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli ‘alla Saiyyidina Muhammad wa’ala ali Saiyyidina Muhammad.

Perkongsian hari ini ialah semasa aku menemani isteri dlm bilik 'Labour Room'.

Ia merupakan satu pengalaman pahit manis bg isteri aku berjuang utk melahirkan anak yg pertama. Cemburu apabila melihat isteriku, menyebut kalimah "Allahu Akbar" menjadi zikir di mulutnya saat berjuang melahirkan anak. MasyaAlloh di saat-saat genting begitu hanya Alloh di hatinya. Rasa syukur sgt2 Alloh pilih dia sebagai isteriku.

Jadi, bila keluarnya anak dari tempat lahir mcm tak percaya boleh keluar anak dari lubang 'vagina'. MasyaAlloh hebat Alloh ciptakan manusia. Terasa kerdil dan tiada upaya melainkan hanya Engkau ya Allah.

Semoga bermanfaat.