Saturday, 13 May 2017

KELEBIHAN BERIMTIMA' DGN JEMAAH ISLAM

KEPENTINGAN BERINTIMA' DENGAN JEMAAH ISLAM.

Intima’ ertinya menyertai dengan satu ikatan. Berintima’ dengan Jemaah maknanya menyertai Jemaah dengan satu ikatan. Namun di sana terdapat intima’ yang salah dan rapuh dengan maksud mereka menyertai Jemaah dengan intima’ yang longgar dan rapuh. Hanya terdapat satu sahaja jenis intima’ yang benar, kukuh dan utuh.

1 . Intima’ Yang Salah

Intima’ yang rapuh, longgar dan salah ini sekurang-kurangnya ada 4 jenis :

a- Intima’ Syakhsi (إنتماء شخصي)

Menyertai Jemaah kerana ketokohan individu tertentu. Intima’ ini rapuh justeru individu atau tokoh tertentu boleh pergi dan datang. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan Jemaah, maka ia akan turut meninggalkan Jemaah. Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya tidak kukuh. Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi sebab kenapa ia menyertai Jemaah. Ada sepanjang hayatnya bersama PAS tetapi penghujung usianya berakhir di luar Jemaah.

Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra;

مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ

“Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad saw maka sesungguhnya Muhammad saw telah mati dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah swt maka sesungguhnya Allah swt hidup dan tidak mati.”

Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra meneruskan membaca ayat Allah swt;

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu? Sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur.” (surah Aali-Imran: 144)

b- Intima’ Maslahi (إنتماء مصلحي)

Menyertai Jemaah kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai. Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda mereka, maka mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan ‘B’ dan meninggalkan Jemaah. Ketahanan mereka berdasar sejauh mana atau selama mana mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.

c- Intima’ Irtijaali (إنتماء ارتجالي)

Menyertai Jemaah secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai Jemaah. Bakanya adalah baka Jemaah. Ayah dan ibunya Jemaah serta persekitaran ia membesar juga Jemaah. Justeru itu ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai Jemaah selain dari menyedari bahawa ia telah Jemaah sejak awal. Pendirian mereka akan cepat goyang apabila Jemaah dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam Jemaah yang sedang bergoncang dilanda gelombang. Akhirnya ia lari meninggalkan Jemaah kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan.

d- Intima’ A’fawi (إنتماء عفوي)

Menyertai Jemaah berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh Jemaah yang juga teruk dibelasah oleh musuh. Intima’ jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati Jemaah tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya. Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan Jemaah.

2. Intima’ Yang Benar :

Intima’ yang benar, kukuh, utuh dan mantap hanya satu iaitu Intima’ Aqidi (إنتماء عقيدي).

Menyertai Jemaah berdasarkan tuntutan Aqidah al-Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah swt dan Kitab-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Menunaikan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah swt dengan harta dan jiwa raga. Firman Allah swt;

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (surah al-Taubah: 41)

Intima’ yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat. Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa terdapat A’rabi datang bertanya Nabi Muhammad saw ;

الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه؟

“Seorang pemuda (tokoh) yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah swt?”

Dalam riwayat yang lain :

الرَّجُلِ يُقَاتِلُ شَجَاعَةً وَيُقَاتِلُ حِمْيَةً وَيُقَاتِلُ غَضْبًا، أَيُّ ذَلِكَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟

“Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah swt?”

Lalu dijawab Rasulullah saw ;

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah swt (fi Sabilillah).”  (muttafaqun ‘alaihi)

Mereka yang menyertai Jemaah dengan Intima’ yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama Jemaah sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Kalimah (syariat) Allah swt kerana ujiannya terlalu getir khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati. Hanya mereka yang menyertai Jemaah kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Sama ada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali.

Copypaste.

*Fahami dan sentiasa bermuhasabah diri ini, golongan manakah kita jika dirujuk initpati diatas ini?.

Tetapi perkara yang dirisaukan adalah ;
Intima’ Maslahi (إنتماء مصلحي) menyertai Jemaah kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai (Nauzubillah).

Renungan bersama. Allah Yang Maha Mengetahui.

Friday, 12 May 2017

Kelebihan Salawat

42 RAHASIA DAHSYATNYA SELAWAT NABI
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: “Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah SWT kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar.

Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak, dan ahwal yang paling kokoh. Dengan membaca selawat, seorang hamba bisa meraih keridhaan Tuhan yang Maha Penyayang.

Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia bisa naik ke tingkatan derajat yang lebih tinggi, serta mampu mengobati penyakit hati,dan diampuni dosa-dosa besarnya. Allah SWT berfirman: إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab [ 33]: 56)

Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah, Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menjelaskan tentang keutamaan-keutaman berselawat kepada Rasulullah SAW dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq Al-Anwar. Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi. Menurutnya, “Membaca selawat kepada Nabi membuahkan banyak faedah yang bisa dipetik oleh seorang hamba:
1. Berselawat untuk Nabi berarti melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Berselawat untuk Nabi berarti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
3. Berselawat untuk Nabi berarti meniru malaikat-malaikat-Nya yang berselawat kepada Nabi.
4. Mendapat balasan 10 kali lipat selawat dari Allah SWT untuk diri kita pada setiap selawat yang kita ucapkan.
5. Allah akan mengangkat derajat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi..
6. Mendapat 10 catatan kebaikan.
7. Allah SWT menghapuskan 10 dosa keburukan.
8. Berpeluang besar doanya akan dikabulkan Allah SWT.
9. Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
10. Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan Allah dan akan ditutup segala aib.
11. Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.
12. Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah SAW.
13. Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
14. Selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat untuk membacakan selawat balasan.
15. Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.

16. Terpenuhinya segala keinginan.

17. Selawat adalah alasan seseorang mendapat kabar baik bahwa dirinya kelak akan memperoleh surga.

18. Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.

19. Selawat adalah alasan bagi Rasulullah SAW untuk mengucapkan selawat balasan.

20. Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.

21. Selawat dapat membuat harumnya sebuah majelis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.

22. Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.

23. Selawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika selawat dibacakan.

24. Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.

25. Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jembatan menuju surga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.

26. Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majelis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah dan Rasul-Nya.

27. Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.

28. Selawat adalah faktor yang dapat menyelematkan seorang hamba ketika berada di atas jembatan menuju surga.

29. Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.

30. Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.

31. Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah.

32. Selawat dapat mendatangkan berkah.

33. Selawat dapat melanggengkan dan mempertebal cinta kepada Rasulullah SAW dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan.Dan, keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi.

34. Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.

35. Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.

36. Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah SAW.

37. Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah SAW.

38. Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari Allah SWT.

39. Bacaan selawat mengandung dzikir, syukur dan pengakuan atas nikmat Allah SWT.

40. Selawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi SAW dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, karena selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.

41. Selawat adalah buah yang paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.

42. Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi SAW menjadikan dirinya satu tingkatan dengan derajat seorang Syekh Murabbi (guru spiritual).

--As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani Al-Hasani