Assalamualaikum.
Sekarang, aku berada di perantauan di tengah bandar Metropolitan. Menyambung amanah dan janji setia untuk membetulkan ummah di Kuala Lumpur.
Acap kali aku termuhasabah, Ya inilah dunia sebenar, realiti yang aku tunggu setelah sekalian lama. Hidup ini bukan sekadar aku berjaya mendapat kerjaya bahkan lebih dari itu. "Apabila kita berada diatas, berpaling dan lihat disekeliling luasnya dunia ini, jauh lagi perjalanan hidup, tidak berbaloi disibukkan dengan kejayaan kecil sahaja, mari terokai dunia ini".
Disini semuanya orang lain, teman lain, segalanya lain. Mungkin hikmahNya masih belum nampak tapi aku yakin pasti ada hikmah.
Infiru!
Teruskan perjalanan, manfaatkan usia muda.