Allahuakbar,
Allahuakbar.
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah tahun ini sempat menunaikan fardhu Ramadhan, dan masih diberi umur untuk menyambut kemenangan di bulan Syawal yang mulia.
Pernah dahulu, aku ni dikatakan berubah tiba-tiba kata nenekku. Ini mengenai perubahan aku semasa dibangku sekolah menengah penghujung tingkatan 4. Banyak perubahan yang berlaku kepada diriku, kata nenek, ibu dan keluargaku.
Jadi bila difikirkan balik, apa sebenarnya yang pernah aku buat sampai mereka memberi anggapan begitu. Lama aku renung balik apa sebenarnya yang berlaku, Rupanya ramadhan tahun itu merupakan permulaan kepada Hijrahnya aku dari jahiliah ke diri yang baru. Sebenarnya, aku banyak perkara berkaitan agama bukannya belajar semasa di sekolah agama, tetapi selepas itu. Zikir, solat sunat, bacaan al-Quran, hafalan bermula selepas keluar dari sekolah agama. Hidayah Allah, sapa boleh halang dan boleh minta suka hati.
Sekarang, hampir 7 tahun ramadhan tahun ini lain sekali. Bukan sekadar puasa dari lapar dan dahaga bahkan lebih dari itu. Aku dimuhasabahkan. Beramal itu penting, tapi jangan lupa hak orang lain, kita bertanggungjawab dengan taklifan sama ada mahu atau tidak, jobskop itu penting untuk bekerja hakikatnya kerja kita melebihi jobskop.
Pada saat ini, aku cemburu kepada sahabat-sahabiah yang boleh buat lebih banyak kerjabuat dari diriku. Mereka menghadapi cabaran, malah mengatasinya untuk cabaran yang lebih besar dan terus menjadi 'seseorang'. Aku masih ditakuk yang lama, takut dengan cabaran mengambil jalan paling sikit onak duri.
Jadi sekarang, mahu maju atau bertapak sahaja. "Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai" atau "Berjalanlah keseluruh pelusuk dunia dan ambillah pengajaran tentang kebesaran Tuhan".
YA, jawapan semuanya bergantung pada diri kita. Lihatlah dengan kurniaan Allah, nikmat mata. Dengarlah dengan nikmat telinga, Berjalanlah dengan nikmat kaki, Berbuatlah sesuatu dengan nikat tangan. Kalau kita tak mampu bersyukur dengan nikmat yang kecil, bagaimana untuk kita bersyukur dengan nikmat yang lebih banyak.
Wallahualam.
Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Dia tetapi disandar kepada kita yang manusia yyang lemah ini sebagai pengajaran.
Mampukah aku BERUBAH lagi ?