Friday, 15 January 2016

DOSA

Bismillah,

Sudah masuk 1437H, sejak saya dilahirkan dulu sehingga sekarang yakin dan pasti beribu-ribu dosa telah dilakukan bahkan mungkin lebih pada itu.

Teringat satu kisah, seorang yang bunuh 99 orang yg terasa untuk bertaubat lalu ditanya kepada seorang yg dipercayai bolehkah dia bertaubat, lalu dijawab mana boleh kau ini bertaubat setelah begitu banyak orang pernah dibunuh. Lalu org yg ditanya olehnya itu dibunuh melengkapkan 100orang menjadi mangsanya.

Dia pun pergi berjumpa seorang alim dan bertanya perkara yang sama, bolehkan aku bertaubat dan alangkah senangnya hati apabila si alim mengatakan ya. Disuruhnya berhijrah ketempat lain dan bertaubat sungguh-sungguh.

Semasa dalam perjalanannya, Lalu matilah pembunuh ini maka datang malaikat berebut nk rohnya  ke syurga dan neraka. Maka dikiralah jarak perjalanan dari tempat tinggalnya dan juga perkampungan yg bakal dia pergi utk bertaubat. maka jarak tempat dia si pembunuh itu mati adalah lebih dekat dengan perkampungan baru itu, maka dia pembunuh itu dibawa masuk ke syurga dan diampunkan dosanya yg telah lalu.

Kita ni manusia biasa, tak boleh lari dari buat dosa. Cuma kita untung sikit lahir dalam Islam, kita tak tau pun dosa kita ni banyak macam mana seperti mana pahala, sesungguhnya Allah maha pemurah dan pengampun. Bertaubatlah, bila berdosa lagi bertaubatlah, kita tak tahu bila kita akan tinggalkan dosa, lebih baik kita bertaubat dahulu sebelum boleh tinggalkan dosa. kalau mati sempat juga bertaubat.

mintalah doa, supaya dapat bertaubat sebelum MATI.

Wallahualam, sedare.