Sunday, 18 September 2016

DUNIA SEBENAR

Assalamualaikum.

Sekarang, aku berada di perantauan di tengah bandar Metropolitan. Menyambung amanah dan janji setia untuk membetulkan ummah di Kuala Lumpur.

Acap kali aku termuhasabah, Ya inilah dunia sebenar, realiti yang aku tunggu setelah sekalian lama. Hidup ini bukan sekadar aku berjaya mendapat kerjaya bahkan lebih dari itu. "Apabila kita berada diatas, berpaling dan lihat disekeliling luasnya dunia ini, jauh lagi perjalanan hidup, tidak berbaloi disibukkan dengan kejayaan kecil sahaja, mari terokai dunia ini".

Disini semuanya orang lain, teman lain, segalanya lain. Mungkin hikmahNya masih belum nampak tapi aku yakin pasti ada hikmah.

Infiru!
Teruskan perjalanan, manfaatkan usia muda.

Saturday, 9 July 2016

PERUBAHAN

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar.

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

Alhamdulillah tahun ini sempat menunaikan fardhu Ramadhan, dan masih diberi umur untuk menyambut kemenangan di bulan Syawal yang mulia.

Pernah dahulu, aku ni dikatakan berubah tiba-tiba kata nenekku. Ini mengenai perubahan aku semasa dibangku sekolah menengah penghujung tingkatan 4. Banyak perubahan yang berlaku kepada diriku, kata nenek, ibu dan keluargaku. 

Jadi bila difikirkan balik, apa sebenarnya yang pernah aku buat sampai mereka memberi anggapan begitu. Lama aku renung balik apa sebenarnya yang berlaku, Rupanya ramadhan tahun itu merupakan permulaan kepada Hijrahnya aku dari jahiliah ke diri yang baru. Sebenarnya, aku banyak perkara berkaitan agama bukannya belajar semasa di sekolah agama, tetapi selepas itu. Zikir, solat sunat, bacaan al-Quran, hafalan bermula selepas keluar dari sekolah agama. Hidayah Allah, sapa boleh halang dan boleh minta suka hati.

Sekarang, hampir 7 tahun ramadhan tahun ini lain sekali. Bukan sekadar puasa dari lapar dan dahaga bahkan lebih dari itu. Aku dimuhasabahkan. Beramal itu penting, tapi jangan lupa hak orang lain, kita bertanggungjawab dengan taklifan sama ada mahu atau tidak, jobskop itu penting untuk bekerja hakikatnya kerja kita melebihi jobskop.

Pada saat ini, aku cemburu kepada sahabat-sahabiah yang boleh buat lebih banyak kerjabuat dari diriku. Mereka menghadapi cabaran, malah mengatasinya untuk cabaran yang lebih besar dan terus menjadi 'seseorang'. Aku masih ditakuk yang lama, takut dengan cabaran mengambil jalan paling sikit onak duri. 

Jadi sekarang, mahu maju atau bertapak sahaja. "Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai" atau "Berjalanlah keseluruh pelusuk dunia dan ambillah pengajaran tentang kebesaran Tuhan".

YA, jawapan semuanya bergantung pada diri kita. Lihatlah dengan kurniaan Allah, nikmat mata. Dengarlah dengan nikmat telinga, Berjalanlah dengan nikmat kaki, Berbuatlah sesuatu dengan nikat tangan. Kalau kita tak mampu bersyukur dengan nikmat yang kecil, bagaimana untuk kita bersyukur dengan nikmat yang lebih banyak.

Wallahualam.
Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Dia tetapi disandar kepada kita yang manusia yyang lemah ini sebagai pengajaran. 


Mampukah aku BERUBAH lagi ?

Sunday, 3 April 2016

Mengaji

Kita perlu merasakan bahawa ianya merupakan satu tanggungjawab yang berat. Kalian yang sudah berada di dalam bidang agama ini jika tidak menuntutnya secara bersungguh maka akan dipersoalkan nanti dihadapan yang Maha Agung
- Ustaz Nazrul Nasir

Thursday, 25 February 2016

Jemaah

Tp aku sedar aku lemah tanpa jemaah, asbab bersama jemaah bnyk kerja aku dimudahkan, benda mustahil bukan mustahil, memang betul aku dipilih dgn jemaah klau ikutkn ramai lgi layak tp sbb apa tuhan itu dia Maha tahu

Jalan dakwah jgn disempitkan bersama sahabat2 yg baik shaja madu' kita bukan hnya mreka yg faham, kdang org yg tak disangka lebih mulia dri kita jgn tgok pada luaran dan sifat manusia itu mulia krana akhlaknya dan paling terbaik adalah yg bertakwa.

Sekian shaja coretan hati. Semoga diberikan yg baik dunia akhirat. Ameen.

Saturday, 6 February 2016

Ngaji



Bismillah,
 Alhamdulillah bersyukur kpd Allah krna masih diberi nikmat driNya, dri secelup nikmat diSyurga dah terasa lazat bahkan pula nikmat di Syurga kelak.

Mengaji ni bukan mudah boh, bukan semua dpt hadir, bukan semua akn faham, bukan semua org boleh amal ilmu, bukan semua boleh istiqomah.

 Ustaz bgtau daurah ni bukan nk menjadikan kita alim, tak mngkin kluar dri daurah jd alim terus. P mengaji tambah, dgn ulama-ulama, pengajian-pengajian di pondok bertalaqi dgn betul yg Guru.

 Bnyk org pesan nk mengaji kena jaga makan. Bnyk makan boleh jd mengantuk, nk qada hajat, minda jd lemah dan paling mudah syaitan nk goda. Jdi pemakanan kita kena jaga baik-baik.


Wallahualam.

















Friday, 15 January 2016

DOSA

Bismillah,

Sudah masuk 1437H, sejak saya dilahirkan dulu sehingga sekarang yakin dan pasti beribu-ribu dosa telah dilakukan bahkan mungkin lebih pada itu.

Teringat satu kisah, seorang yang bunuh 99 orang yg terasa untuk bertaubat lalu ditanya kepada seorang yg dipercayai bolehkah dia bertaubat, lalu dijawab mana boleh kau ini bertaubat setelah begitu banyak orang pernah dibunuh. Lalu org yg ditanya olehnya itu dibunuh melengkapkan 100orang menjadi mangsanya.

Dia pun pergi berjumpa seorang alim dan bertanya perkara yang sama, bolehkan aku bertaubat dan alangkah senangnya hati apabila si alim mengatakan ya. Disuruhnya berhijrah ketempat lain dan bertaubat sungguh-sungguh.

Semasa dalam perjalanannya, Lalu matilah pembunuh ini maka datang malaikat berebut nk rohnya  ke syurga dan neraka. Maka dikiralah jarak perjalanan dari tempat tinggalnya dan juga perkampungan yg bakal dia pergi utk bertaubat. maka jarak tempat dia si pembunuh itu mati adalah lebih dekat dengan perkampungan baru itu, maka dia pembunuh itu dibawa masuk ke syurga dan diampunkan dosanya yg telah lalu.

Kita ni manusia biasa, tak boleh lari dari buat dosa. Cuma kita untung sikit lahir dalam Islam, kita tak tau pun dosa kita ni banyak macam mana seperti mana pahala, sesungguhnya Allah maha pemurah dan pengampun. Bertaubatlah, bila berdosa lagi bertaubatlah, kita tak tahu bila kita akan tinggalkan dosa, lebih baik kita bertaubat dahulu sebelum boleh tinggalkan dosa. kalau mati sempat juga bertaubat.

mintalah doa, supaya dapat bertaubat sebelum MATI.

Wallahualam, sedare.