Sunday, 27 December 2015

Guru

Bismillah,

Kita jangan lupa asal usul pengajian kita, kerana bersambungnya jalur pengajian ini terhubungnya ilmu kita dengan para sheikh-sheikh, tuan-tuan guru, ulama, para Imam Mujtahid sehingga sampai kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Antara guru-guru yang saya ikuti:
Baba Zul

YM Sheikh Mad Radzi
Ustaz Yussaine
Ustaz Nazrul Nasir
Baba Khairul
Tn. Guru Haji Hadi


Seronok belajar dengan para ulama dan tn-tn Guru, percakapan mereka seolah-olah terkena dengan diri kita. Semoga dapat bertemu serta berguru dengan para alim ulama untuk membimbing hidup menghadapi zaman fitnah dunia akhir zaman ini. 

'Sesungguhnya para alim ulama itu takutkan kepada Allah S.W.T'

Memulakan penulisan semula.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana kasih dan sayangNya terbuka ilham utk menulis semula. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berkat kehadiran beliau Islam masih lagi diperjuangkan pada hari ini.

Agak lama saya meninggalkan penulisan ini, yang paling lama ialah semasa zaman awal-awal memasuki kampus terhenti sehinggalah sekarang. Menulis ini sebenarnya bagus, sebagai cara untuk kita menyampaikan idea dalam fikiran kita dan secara tidak langsung menyebabkan kita banyak membaca.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, " Al-'Alaq ayat 1.

Semoga sahabat-sahabat saya kenali dikampus sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T dan berjaya dunia akhirat. Zaman kampus yang lepas merupakan satu medan Tarbiah buat saya, dengan program-program yang tiada dalam proforma dan kerja buat dakwah. Satu nikmat yang saya berpeluang belajar ialah melihat perubahan serta jatuh bangun dakwah Islam. Rupanya, dunia yang kecil ini besar tanggungjawab dakwah kepada umat ISLAM.

Masyarakat sangat dahagakan bimbingan para Ulama' Asatizah dan para Daie. Kita akan disoal dimana kita guna umur kita semasa hidup?.