Tuesday, 13 August 2019

Maksiat dlm perjuangan

Baru sekarang aku faham maksud ustaz yus, maksiat org dlm perjuangan Islam ni ialah dia tinggal maksurat, solat sunnah, bangun malam.

Apa seorang perjuang itu bukankah ini semua suatu kewajipan bg dia, meninggalkannya bermaksud berdosa. Inilah yg dikatakan bermaksiat dlm perjuangan, bukan dia berzina, minum arak dan membuang masa tetapi ini rupanya. Iaitu meninggalkan tarbiah harian.

Allohurabbi, tak malukah digelar pejuang tetapi amalan harian entah ke mana hanya ikut hawa nafsu. Tidakkah itu maksiat wahai pejuang agama.

Tegakkan agamamu niscaya nanti Allah tegakkan imanmu. Allahu Akbar!

Saturday, 20 July 2019

Cita-cita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah.

Aku punya cita-cita utk duduk di masjid sambil iktikaf. Rasa syok oh... Ya kadang2 tu tertidur, tp bg aku seronok bila ada peluang duduk tenangkan minda dlm masjid.

Sambil2 main hp, boleh baca al-Quran, berzikir, baca buku dan solat sunat.

Semoga diberikan kesempatan dlm kesibukan harian utk dpt lepak di masjid.
#akuKakiMasjid

Sunday, 23 June 2019

Perut Buncit

Assalamualaikum.

Perut buncit ataupun terlebih makan di kalangan orang muda pada aku sesuatu yang tidak patut melainkan atas faktor penyakit atau perkara yang memerlukan kita buncit.

Selalunya gejala ini berlaku apabila dah berkahwin, sibuk dengan kerja serta tidak bersenam mengikut keperluan diri.

Aku tidaklah menyalahkan tetapi lebih orang muda perlu cergas dan menjaga diri kerana apabila buncit alasannya  ialah malas.

Jadi marilah kita mengempiskan perut dengan cara yang sesuai dengan kita, kerana memberikan kita badan yang sedap dan mudah untuk kita meningkatkan potensi diri.

#hari1